Malaysian Ceylonese Congress (MCC) atau Kongres Ceylonese Malaysia adalah parti politik yang ditubuhkan pada 1958 untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum minoriti India berketurunan Sri Lanka atau Ceylon di Malaysia. Asalnya MCC ialah Persatuan Ceylon Selangor yang ditubuhkan pada 1900, yang mesyuarat ahlinya di bawah teraju M.W. Navaratnam pada Januari 1958 telah memutuskan untuk menukarkan statusnya kepada parti politik dan menukar namanya serta perlembagaannya kepada Kongres Ceylonese Malaya dan kemudiannya Kongres Ceylonese Malaysia. MCC mempunyai wakil di dalam Dewan Negara sehingga 1981. Kongres Ceylonese Malaysia (MCC) secara tidak langsung menyokong gabungan Barisan Nasional dan berharapan besar untuk menyertai gabungan itu pembentukannya selepas kemerdekaan Malaysia walaupun terdapat pendebatan mengenai masyarakat Ceylon di Malaysia sepatutnya menyertai parti Kongres India Malaysia (MIC), satu parti politik komponen BN bagi kaum India Malaysia.
Developed by StudentB